Halaman

Selasa, Januari 25, 2011

Khasiat Inai



1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM.
BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS
UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN
SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT
ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna
semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai
diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah
pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh
dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh
ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub
badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan
rambutnya.




Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh
itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak
bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang
lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama
seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
- Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria
menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan
hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk
dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket
inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang
terlibat, biarkan seharian,
dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:
- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan
inai serbuk dengan air
mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½
paket inai
serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan
minyak zaitun
selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk
dengan minyak zaitun
dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan
campuran 2 sudu besar inai
serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan
campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam.
Berendamlah selama 10
minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk
dengan 2 cawan air mendidih.
Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap")
dan biarkan selama 3 jam
atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk
tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2
sudu besar inai serbuk dengan
3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan
selama ½ jam atau
sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2
minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

3 ulasan ()

mie berkata... Reply to comment

betul tu..
guna inai lah terbaik..
heheee

julietANNA berkata... Reply to comment

ohh okay baru tahu =.=' nak kena bagitahu mak bapak aku ni jgn cabut ubat since dorg dh makin tua. muahahah!
thanks for the info babe!

Unknown berkata... Reply to comment

@julietANNA haha..same r..aku pon bru tau uban xleh cabut..selama ni cabut je..keh3..btw.hepi bday bday girl :P