Halaman

Selasa, Disember 28, 2010

Derren Brown - ilusionis , mentalis , pelukis , penulis , dan skeptis

Assalamualaikum

Nak update blog harini nak ceritakan tentang mat saleh nih..

Kenal tak sapa Derren Brown nih????  Tak Kenal???

Meh nak tolong introduce kan kat korang semua...hehehe.. Derren Brown atau nama panjang beliau Victor Derren Brown. Lahir pada 27 Februari 1971 merupakan seorang ilusionis , mentalis , pelukis , penulis , dan skeptis.. Dia dikenali ramai pada persembahan televisten, di atas pentas dan siri televisyen British seperti Trick of the Mind dan Trick or Treat. 



Daripada persembahan pertama beliau ; Derren Brown:Mind Control pada tahun 2000,Brown telah menjadi semakin terkenal dengan kebolehan dia "membaca fikiran" seseorang.. Dia juga telah menulis beberapa buah buku untuk para magician di seluruh British.

Walaupon persembahan "membaca fikiran" dan kebolehan mentalist dia yang lain dianggap sebagai psikik atau aktiviti paranormal,tetapi dia menafikannya dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai kebolehan sebegitu.. Brown mengaku dan mendakwa diawal pembabitannya semasa program rancangannya Trick of the Mind . Dia mengaku bahawa dia hanya menggunakan kombinasi "magik,saranan,psikologi,misdirection,dan persembahan persahabatan". Menggunakan ilmu dan skill yang dipelajari, membolehkan Brown untuk meneka dan mempengaruhi pemikiran manusia dengan cadangan halus, memanipulasi proses pengambilan keputusan dan membaca tanda-tanda fizikal dan psikologi halus atau bahasa tubuh yang menunjukkan apa seseorang berfikir.

Dia ni memang hebat..tengok sajalah show dia kat dalam youtube nih..uhuhuhu

Video ni menunjukkan Derren bermain dengan pemikiran manusia dengan membeli barangan hanya dengan menggunakan kertas kosong sahaja.

Video ni pula menunjukkan Derren membuatkan manusia menjadi beku/freeze.


Video ni menunjukkan Derren dengan bercakap menggunakan mikrofon,dia menyuruh semua yang berada di Supermarket untuk mengangkat tangan mereka.

Video ni pula menunjukkan Derren,mengambil dompet mereka dengan meminta sahaja...

Video ni menunjukkan Derren mengawal pemikiran manusia untuk terlupa hala tuju mereka semasa berada di dalam train.

Hahaha...pencurik mesti banyak buat macam ni kan..tetapi Derren tidak menggunakan kuasa pukau atau ape,dia hanya bermain dengan membelit-belitkan sikit pemikiran manusia dan membolehkan dia untuk mengawal pemikiran tersebut..hebat!!!...

haha..tetapi,adakah ini semua hanya lakonan semata-mata??eeemm..tu yang kite tak tau..

p/s- banyak lagi video menarik dia kat Youtube..boleh jerk pegi search Derren Brown dalam Youtube..


Dia pon ada official website di - Derren Brown
Dan blog diakat - Derren Brown Blog

entri ni bukan nak menngagung-agung kan dia nih..cuma ni sesi perkenalan jerk dengan mentalist terkenal Derren Brown..ihihihhi..


Ok..sekian update blog..nnti rajin update lagi.haha

0 ulasan ()